Jakarta – Seorang suspek pencuri motosikal dibakar hidup-hidup oleh orang ramai yang berang dengan tindakannya cuba menyerang dua individu sebelum cuba melarikan kenderaan itu di Tanggerang, awal pagi kelmarin....
Jurucakap polis, Martinus Sitompul berkata, ada empat penyamun cuba melarikan motosikal berkenaan....
“Kejadian berlaku jam 1 pagi ketika seorang lelaki menunggang motosikal dan seorang wanita memboncengnya...
“Suspek menaiki dua motosikal dan menghimpit mangsa sebelum seorang daripada mereka mengeluarkan parang bagi memaksa penunggang terbabit berhenti....
“Pembonceng cuba melawan dengan merampas parang berkenaan menyebabkan suspek hilang kawalan dan terjatuh,” katanya....
Tiga suspek lain melarikan diri dan meninggalkan rakan mereka yang dikejar orang ramai...
Apabila dapat ditangkap, kata Martinus, penyamun terbabit dicurah dengan minyak tanah sebelum dibakar menyebabkan dia akhirnya mati di tempat kejadian....
“Identiti penjenayah itu belum diketahui kerana mayatnya rentung,” katanya.... – Agensi