Sudahlah sakit melahirkan pun belum terbalas lagi , baru 15 tahun sudah meminta untuk yang lain .
Nampak dah disitu , tak ada rasa mahu membalas budi orang tua membesarkan . Budak zaman sekarang tak sama masa zaman bukan teknologi .
Beginilah kisahnya :
Baru umur 15 tahun dah melakukan perkara macam itu kepada orang tuanya bayangkan apabila besar nanti bagaimana yang dilakukan kepada ibunya.
Berikut adalah perkongsian seorang pekerja di kedai telefon yang melihat perkara itu.
Semalam, aku dapat seorang customer, seorang anak dan ibunya datang. Ibu dia sakit kaki, macam tak berdaya nak berjalan. Aku pun berikan layanan.
Aku:- Assalamualaikum makcik, kami ada set handphone, laptop dengan barangan rumah. Ada tiga cara bayaran, cash, kad kredit dan ansuran mudah.
Ibu:- Kalau ansuran mudah macam mana cara dia?
Aku:- Kalau ansuran mudah, sediakan penyata gaji, salinan kad pengenalan dan penyata bank. Kalau malas nak pergi bank buat penyata bank, bagi je nombor akaun, saya buatkan penyata bank. Makcik nak apa, saya kirakan sekali bayaran bulanannya. Paling maksimum bayaran boleh sampai tiga tahun saja.
Anak:- Okay bang, berapa eh sebulan untuk iPhone 6 Plus 64GB dengan Samsung Note 4?
Aku:- *terus ambil kalkulator kira* Okay, kalau dua handphone, RM296 untuk sebulan selama 3 tahun.
(Sambil tersenyum aku tengok, muka makcik itu yang macam resah. Aku tahu makcik tu orang susah).
Anak:- Okay, Ibu jadi eh? Boleh eh?
Ibu:- (Hanya mampu mengangguk mengikut kehendak anak dia)
Aku:- Beli handphone sampai dua, satu siapa punya? Umur adik berapa?
Anak:- Yang Samsung Note 4 itu saya punya, yang iPhone 6 128GB tu saya nak hadiahkan kepada makwe saya bang. Minggu depan hari lahir dia. Umur 15.
Aku:- (Mengucap dalam hati, sambil geleng kepala. Ya Allah, macam ni sekali anak dia buat kat Ibu dia? Ibu dia yang bayar bulan-bulan, senang-senang je anak bagi kat makwe dia).
Ibu dia terus keluarkan dokumen, aku tengok penyata gaji Ibu dia sebulan cuma RM950.
Aku:- Okay makcik, nanti saya proses. Dalam masa seminggu akan dapat jawapan lulus ke tak.
Ibu:- Okay, baik dik. Terima kasih. (Dengan wajah seperti pasrah dengan kehendak anak dia)
Aku:- Sama-sama makcik. Datang lagi.
(Aku senyum dengan rasa bersalah tengok keadaan Ibu dia yang kaki tempang berjalan keluar). Ya Allah macam nak menangis tengok.
Subhanallah...kuatkanlah dirimua engkau wahai si Ibu moga tempatmu di sana nanti dikalangan orang-orang beriman....