Berbeza dengan keadaan di negara kita, rakyat di Switzerland kini bakal mengundi untuk satu cadangan yang mencadangkan agar semua penduduk di negara itu dibayar £1,700 (RM10,000) setiap bulan tidak mengira status pekerjaan mereka.
Sekiranya cadangan tersebut diluluskan, Switzerland akan menjadi negara pertama di dunia yang memberi wang kepada penduduk tidak kira sudah bekerja atau tidak.
Namun cadangan itu dilihat tidak menggembirakan ahli politikwalaupun cadangan itu telah diluluskan untuk pengundian oleh kerajaan persekutuan pada 5 Jun lepas.
Di antara sebab cadangan ini dikemukakan adalah bagi melenyapkan jurang pekerjaan dan pendapatan, dimana penduduk akan mendapat pendapatan yang terjamin tidak kira mereka bekerja atau tidak.
Malah, cadangan ini juga dikemukakan bagi kanak kanak di mana wangs ebanyak £100(RM920) diberikan kepada setiap minggu.
Kumpulan yang mencadangkan inisiatif tersebut iaitu yang terdiri dari artis, penulis dan cerdik pandai - memetik satu survey yang menunjukkan majoriti penduduk Switzerland akan terus bekerja sekiranya cadangan wang percuma itu diluluskan.
Hasil survey itu juga turut menyebut hanya 2 peratus sahaja yang berkata untuk berhenti bekerja, makanala lapan peratus lagi berkata mereka akan "melihat kepada keadaan", lapor the Local.
Tuesday, 2 February 2016
Switzerland Cadang Bagi £1,700 Sebulan Kepada Semua Rakyat..!!
About Unknown -
Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.