Seorang bayi ‘ajaib’ yang dilahirkan di mana kepala separuh di Uttar Pradesh, India meninggal dunia selepas 2 hari dilahirkan.
Bayi perempuan tersebut, yang dilahirkan minggu lepas itu memiliki mata yang tersembul keluar dan hanya separuh daripada bahagian kepalanya terbentu menarik perhatian ramai.
Savita Rani, 32, ibu kepada bayi terbabit adalah dari Amroha melahirkan bayi ini secara normal di Sai Nursing Home Clinic sebelum melihat anaknya berbeza dengan bayi-bayi lain.
Sebaik saja orang ramai mengetahui tentangnya mereka berkumpul di hadapan pusat rawatan tersebut bagi menyaksikan sendiri bayi ‘ajaib’ ini. Walaubagaimanapun, bayi tersebut meninggal dunia selepas 48 jam dilahirkan kerana kegagalan jantung untuk berfungsi.
Menurut doktor, kejadian pelik ini berlaku akibat tabiat tidak menjaga pemakanan ketika tempoh mengandung. Malah, Savita juga tidak pernah menjalankan pemeriksaan sepanjang bayi berkenaan dalam kandungannya. Ini kerana pemeriksaan secara berkala penting bagi ibu hamil bagi memastikan bayi yang dikandung benar-benar sihat.
Savita yang sudah sembuh sepenuhnya kini sudah dibenarkan pulang oleh doktor.
Sunday, 24 January 2016
Bayi ‘Ajaib’ Meninggal Dunia Lepas 48 Jam Dilahirkan
About Unknown -
Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.