Monday, 25 January 2016

Unknown

SIAPA YANG TIDAK SELESA DENGAN LAWAK SAYA, JANGAN TENGOK - NABIL AHMAD


Walaupun sudah masuk tahun 2016, namun masih ada segelintir pihak menyimpan rasa tidak puas hati terhadap gaya lawak Nabil Ahmad yang kelihatan seaman terlampau apabila menyentuh hal peribadi orang lain.

Menurut Nabil beliau terpaksa berbuat demikian dan jika ada pihak yang tidak boleh menerima lawaknya ia bermakna mereka terlalu sensitif.



Bukanlah saya nak cakap besar tetapi saya memang kena terlepas cakap. Yang mana yang tak selesa itu, jangan tengok. Saya cakap terus terang sajalah, kalau ada yang tak selesa dengan cara saya mengacara, soal sensitiviti itu bukan daripada saya tetapi dialah yang terlalu sensitif. Kalau orang itu sensitif lebih, dia tak patutlah berada di situ.


Bagi Nabil, zaman sudah semakin maju dan beliau juga harus memperbaharui cara beliau melawak supaya masih relevan dengan keadaan semasa dan kehendak penonton. Tujuan Nabil hanya satu, apa sahaja yang berlaku di atas pentas adalah kerana beliau ingin menghiburkan penonton.



Semua yang dilakukan adalah sebahagian daripada persembahan, sekadar hiburan. Kalau saya mengacara secara mendatar dan hanya ikut skrip, orang kata saya ada masalah pula. Tak boleh juga terima.


Jadi apa yang mereka nak sebenarnya? Sebab itu saya katakan, (kepada) yang sensitif, kalau nampak saya kendalikan program, janganlah datang. Ini adalah zaman milenium dan semua orang akan buat apa sahaja untuk dikenali, untuk berada di tahap tertentu.


Bukan tidak boleh ditegur, tetapi Nabil lebih selesa untuk menjadi diri beliau sendiri dan enggan ambil pusing dengan mereka yang tidak suka akan caranya dalam berlawak.


Saya adalah manusia yang senang menerima kritikan bahkan selama ini pun saya terima. Tetapi secara peribadi, saya buat adalah untuk diri saya, untuk peminat saya dan untuk orang yang nak tengok saya mengacara. Kepada mereka yang terlalu sensitif, carilah jalan lain untuk tak perlu tengok saya sebab saya pun tak paksa orang untuk tengok saya.



Ada benarnya kata kata Nabil. Hidup dalam dunia yang menjadi perhatian, bukan mudah untuk puaskan hati semua orang. Yang penting kita jadi diri sendiri dan tidak hipokrit. 

Unknown

About Unknown -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :