#$Tadi saya tonton orang share satu link video orang terbangkan drone menyusuri Highland Tower. Satu yang mengejutkan saya ialah, semasa bangunan itu ditinggalkan, bangunan itu elok sahaja. Dalam video drone itu nampak gaya selepas Highland Tower ditinggalkan dan orang tidak berani mendekatinya disebabkan oleh katanya BERHANTU dan dicampur dari pengalaman saya sendiri yang pernah masuk ke tapak runtuhan itu, bolehlah saya simpulkan sedikit seperti yang berikut;
(Raja Bomoh mesti tak setuju dengan saya dan orang yang tak setuju dengan saya mesti peminat Raja Bomoh)
1. Kelihatan contengan-contengan di dinding-dinding bukti tempat itu tidak terbiar kosong. Hantunya tiada tapi disebabkan oleh ramai yang lebih hantu dari hantu yang mendiami tempat itu menyebabkan orang nampak orang yang lebih hantu dari hantu itu macam hantu.
2. Tempat itu dijadikan sarang orang terdesak tapi tiada duit untuk check-in bajet hotel untuk projek. Masa saya pergi dulu, ada nampak tinggalan-tinggalan mereka seperti kondom dan lubricant (gay kot)
3. Drug addict pun mendiami tempat ini dan disebabkan mereka tidak terurus keadaannya, maka orang golongan no.2 yang cuba intai line clear atau tidak ternampak lembaga tak terurus macam jerangkung terus dia lari lintang pukang dan membawa cerita tempat itu berhantu.
4. Mat Pit memang terbukti ramai memandangkan semua benda-benda besi macam dah hilang dari condo itu. Balcony dan railing pun dah habis kena rembat.
5. Sebenarnya hantu tu tiada, bila saya masuk tak meremang pun bulu tengkuk. Dan jangan salah sangka, saya bukan golongan nombor 2 kerana bila saya nampak jerangkung-jerangkung tu semua saya tak lari, kerana saya nampak jerangkung tu hisap Gudang Garam. Saya boleh berbual lagi. Saya tanya diaBrotak ada hantu ke kat sini?
Dia selamba jawab Gua lah hantu tu. Kemudian dia gelak dan aku pun tergelak sama-sama. Dan dia gelak mengilai-ngilai dan nak jadi tragis, semasa aku gelak dia dah berhenti gelak. Sekali aku toleh, dia dah tak ada di situ.
Seram juga dalam hati aku memang betul kot dia hantu dan dia jujur cakap dia hantu. Bulu tengkuk yang baru cukup pun tegak dah ketika itu. Ni kalau lari pergi ke kereta mesti macam dalam movie, kereta tak boleh start dan tengok cermin belakang nampak hantu.
Beranikan juga hatiok, siang-siang macam ni mana ada hantu. Saya beranikan diri masuk ke kawasan dalam tempat Mat Pit tadi. Berjalan perlahan-lahan sambil mulut terkumat kamit baca ayat kursi tak habis-habis. Melangkah sahaja ke satu ruang dah mula bau busuk gila-gila. Ya Allah, hati curious terus melangkah dan tiba-tiba
Aku disergah oleh jerangkung
Woiii.sorry brader, bagi can aku nak melepas dulu brotak tahan lah brolu tunggu luar lah nanti gua story lagi.
Aku pulak tersengih tengok Mat Pit tadi tengah melepas. Patutlah busuk. Hampeh betul. Selepas itu kami sembang, dia cakap pasal orang fikir tempat ni ada hantu sebab itu dia boleh duduk condo. Katanya Kalau taktak merasa duduk Condo beb.
Dalam kepala aku, kalau tempat ini di bersihkan sikit-sikit boleh buat macam tempat tourism pula. Sama macam Villa Nabila di JB, bukannya ada hantu tapi golongan yang nombor 2 yang kadang-kadang menyampai berita ada hantu bila mereka terjumpa golongan no.3 itu. Golongan no.3 nak rasa aman sikit, siapa yang masuk dia sergah sahaja dengan kain putih atau pakai uniform pochong (make-up tak perlu kerana muka Mat Pit memang dah muka mayat).
Kesimpulannya, mana ada hantu.
Sekian
Selamat berhari Sabtu.
Kalau marah, buka puasa lah.
SAIFUL NANG
Adik Tiri kepada menantu Uncle Seeker.
Sumber: portalviral2015