Monday 28 September 2015

Unknown

Al-Fatihah : Polis Cilik 9 Tahun Ini Akhirnya Meninggal Dunia...


$Seorang anggota polis cilik, Farish Danish Akasha Fauzi, 9, meninggal dunia pagi semalam akibat mengidap kanser pundi kencing.

Perkara tersebut disahkan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi laman sosial, Facebook rasmi mereka, sebentar tadi.

Dalam kenyataan tersebut, PDRM menyatakan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham di atas pemergian adik Farish.

Jenazah Allahyarham dikebumikan di Bandar Sunway, Selangor.

Sebelum ini, Farish yang menderita penyakit kanser menyatakan hasrat untuk menjadi seorang anggota polis.

Susulan itu, Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Abu Bakar dalam satu program lawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada Mei lalu telah merealisasikan hasrat Allahyarham menjadi anggota polis.

Unknown

About Unknown -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :