Wednesday 30 September 2015

Unknown

Komen Kamal Adli Selepas Gambar NIKAHNYA Tersebar Dengan Emma Maembong




Pelakon Kamal Adli, 29, menafikan dia melangsungkan pernikahan dengan pelakon Emma Maembong selepas gambar mereka ‘berkahwin’ menjadi viral di Internet sejak beberapa hari lalu.

Kamal ketika dihubungi berkata, gambar mereka kononnya bernikah itu adalah antara babak dalam drama Jodoh Sebelah Pintu lakonannya dengan Emma.

Menurut Kamal, dia sudah memuat naik gambar itu di Instagram sudah lama dengan tujuan mempromosikan drama itu dan tidak sangka baru sekarang ia menjadi viral.

“Tak sangka pula baru sekarang ia diperkatakan hingga menjadi viral. Pelik juga apabila ada yang mempercayainya," katanya.

Bagaimanapun, pelakon filem Abang Long Fadil ini enggan melatah sebaliknya meminta peminat supaya lebih sensitif dan menghormati hak orang lain.

Gambar mereka lengkap dengan persalinan perkahwinan yang memaparkan Emma bersalam dan mengucup tangan Kamal itu dimuat naik pihak tertentu di Internet kononnya mereka bernikah pada 27 September lalu di Terengganu.

Walaupun tidak pernah membuat pengakuan dia bercinta dengan Emma, Kamal tidak menolak sekirannya dia ada jodoh dengan Emma.

“Kalau betul kami berkahwin, bukan dengan cara itu. Perkara baik takkan nak sorok. Apa pun, setiap kata-kata peminat saya anggap satu doa. Kalau ada jodoh antara kami, saya tak menolak kerana itu adalah ketentuan Allah SWT," katanya.

Kamal berkata, sejak dia mula berkawan dengan Emma, hubungan mereka berjalan dengan baik.





Unknown

About Unknown -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :