Saturday 30 January 2016

Unknown

Sayu, Perginya Imam Muda Ini Pada Malam Jumaat Selepas Bertarung Nyawa Di Hospital







Beberapa hari lalu satu posting di laman Facebook Tengku Helmy Farhan di mana beliau meminta bantuan orang ramai yang mempunyai darah jenis 'O' supaya tampil untuk menderma darah bagi membantu rakannya seorang imam muda yang sedang kritikal di hospital selepas terlibat dalam kemalangan. 

Namun, hari ini berita yang agak sedih diterima apabila dimaklumkan, Imam muda berkenaan, Ustaz Asrul Fahmi Abd Aziz yang merupakan Imam Rawatib Masjid Mahmudi Bachok, Kelantan telah pergi meninggalkan kita selamanya pada hari Jumaat yang mulia, penghulu segala hari.

Arwah merupakan anak ke 10 dari 13 adik beradik dan pemergian beliau amat dirasai terutamanya penduduk sekitar Bachok.




Semasa beliau kemalangan, keadaanya agak parah di mana dia banyak kehilangan darah, dilihat di ramai mereka yang menyayangi arwah menyebarkan berita meminta bantuan orang ramai supaya menderma darah jenis 'O' yang kita ketahui agak susah untuk diperolehi.

Tapi Allah lebih sayangkan beliau, Ustaz Asrul Fahmi Abd Aziz telah pergi menghadap Maha Pencipta lebih awal pada malam tadi.




Menerusi laman sosial Facebook ahli Parlimen Bachok, Ahmad Marzuk Shaary, beliau mengimamkan solat jenazah imam muda berkenaan dan menurut beliau orang ramai hadir untuk solat jenazah begitu ramai sehingga melimpah keluar masjid di Masjid Kg Aur Telong.


Smog rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman. AL FATIHAH.

Unknown

About Unknown -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :