Saturday 30 January 2016

Unknown

'WALLAHI, DATUK SERI NAJIB RAZAK LANGSUNG TIDAK ADA TERLIBAT atau KAITAN DALAM KES MENJATUHKANNYA..!!




Bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar bersumpah bahawa Datuk Seri Najib tidak terlibat atau mempunyai kaitan dengan tindakan pihak tertentu yang mahu menjatuhkannya.

Sumpah tersebut dilafazkan oleh Sirul dalam sebuah video terbarunya yang berdurasi selama 55 saat.

Saya mengerti apa kehendak sesetengah pihak ini yang berkepentingan bagi menjatuhkan seseorang. Saya tidak pernah diajar, diasuh untuk menfitnah seseorang.

Adalah berdosa besar kepada saya jika saya menfitnah seseorang itu. Saya lafazkan di sini, Wallahi, Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak langsung tidak ada terlibat atau kaitan dalam kes ini,” katanya.

Bagaimanapun, Sirul tidak menjelaskan secara khusus apa maksud 'kes ini' yang dikatakan olehnya.

Pada 13 Januari tahun lalu, Mahkamah Persekutuan telah menjatuhkan hukuman gantung sampai mati kepada Sirul dan seorang lagi bekas anggota UTK, Azilah Hadri atas kesalahan membunuh Altantuya.

Bagaimanapun, Sirul tidak hadir ke mahkamah pada hari keputusan dan kemudian didapati telah pun berlepas ke Australia dipercayai pada Oktober tahun lalu.

Unknown

About Unknown -

Author Description here.. Nulla sagittis convallis. Curabitur consequat. Quisque metus enim, venenatis fermentum, mollis in, porta et, nibh. Duis vulputate elit in elit. Mauris dictum libero id justo.

Subscribe to this Blog via Email :